Tuesday, February 10, 2009








Interview Bersama See You Next Tuesday.





Kugiran dari Michigan,Usa ini telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu "INTERVALS".Mereka adalah antara kugiran tech-metal,grind yang semakin meningkat naik dan sedang merancang tour seluruh dunia juga kebarangkalian singgah di Asia Tenggara.

Rujukan sila lawati : www.myspace.com/seeyounexttuesday.
(Date: January 31, 2009 4:51:25 PM GMT+01:00)


Interview ini di ajukan oleh Eizzat.

Telah di alih bahasa ke bahasa malaysia,versi asli boleh di dapati dengan menghantar email kepada aku.


Sebarang pendapat/kritikan sila ajukan ke pornverse@gmail.com

---------------------------------------------------------------
E = Eizzat
JD = Jake Duhaime of SYNT.


Hye aku Eizzat dari Malaysia,dan mewakili SMILE PARTY KOLEKTIF.Pertama sekali terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjawab interview ni.


Tanpa membuang masa, kita terus kepada interview ,


1/E : Hye,apa khabar? boleh aku tau siapa yang menjawab interview ni?
JD : Jake Duhaime,aku ahli baru dalam kugiran ini.

2/E : Boleh kamu menceritakan sedikit mengenai latarbelakang kugiran ini untuk mereka yang kurang mengenali kalian?
JD : SYNT bermula sekitar tahun 2005,pada awalnya hanyalah kugiran untuk bersuka-suka.Kemudian secara serius menjadi kugiran grind sehingga keluar beberapa release dan telah bertukar kepada sound sound yang lebih terbuka.Kami suka berparti.


3/E : Dari album pertama sehingga ke rilisan terbaru,kalian banyak berubah dari aspek musikal,adakah ini kerana pertukaran vokalis antara FOX dan BEAR atau adalah kerana kalian sendiri mahukan perubahan?
JD : Maksud aku , ya.Pertukaran ahli selalunya membawa perubahan kepada penciptaan lagu dalam beberapa aspek,tapi aku tak mengatakan Fox merupakan penyebab utama pertukaran ini.Drew adalah pencipta lagu yang utama,dibantu oleh Travis si pemain bass.Mereka duduk bersama dan mencipta sesuatu yang sangat gila!


4/E : Apa pendapat kalian mengenai "Intervals"? Kerana beberapa peminat SYNT yang aku kenali disini mengatakan "Parasite" adalah lebih "kejam".
JD : Aku suka Interval.Ia adalah album yang membawa kepada perkara yang lebih hebat.Ya,ia mungkin lebih terkawal dan kurang spastic berbanding Parasite,tapi lebih "kejam"? rasanya tidak.Dengan lebih undertone yang serius dan tuning dan penciptaan lagu yang berat ,Intervals kicks u in the dick!


5/E : Ok soalan seterusnya,bagaimana dengan tour? ada benda best dan tak best berlaku? ceritakan pada kami..
JD : The Misery Index, Hate Eternal, Aeon tour adalah sangat menyeronokkan setakat ini.Kami telah melalui masaalah bus yang gila babi sejak hari pertama,termasuk kepanasan,motor,bunyi bising dan sebagainya.Lagi,orang yang membawakan kami pakej tour ini adalah orang yang selalu jatuh sakit.Drummer dari Misery Index pula asyik terjerit jerit dekat beberapa gadis yang tak mahu megambil gambar bersama mereka.Menakjubkan!


6/E : Adakah kamu bersedia untuk tour di Asia Tenggara? apa yang kamu harapkan di sini? apa yang kamu suka?
JD : Kami belum merancang sebetul betulnya untuk tour sejauh Asia Tenggara,tetapi sememangnya ia berada dalam list untuk kami lakukan.Aku amat suka untuk memikirkan bila kami datang dan melepak(di asia) , mereka(fans) akan mencari jalan untuk datang ke show kami dan bergembira bersama.Apa yang kami sukakan? STAGEDIVES!


7/E : Apa pendapat kau mengenai perang di Iraq,Afghanistan,Palestine dan serata tempat dalam dunia ni? Adakah kamu menyukai Bush? Apa pendapat kau mengenai Obama?
JD : Aku tak boleh berlagak macam aku pandai mengenai hal ini,kerana aku sememangnya tidak pandai.Dari apa yang aku faham,Bush telah melakukan banyak perkara yang buruk dan menjengkelkan,tapi dia masih melakukan perkara-perkara yang bagus dari apa pengkritik2 yang lain boleh lakukan.Perang di Iraq mempunyai banyak perkara-perkara yang "samar" dan aku secara jujurnya tidak boleh mengatakan apa yang mereka lakukan adalah salah.Obama,adalah lelaki yang kental tapi terlalu awal untuk aku perkatakan.AKU MENGUNDI SLAYER!


8/E : Apa pendapat kau mengenai orang2 trendy? mereka datang ke show-show hanya mahukan perhatian,berlagak macho dan konon kuat,atau hanya mahu "meng-usha" gadis-gadis?
JD : Aku rasa mereka sudah tiada masa untuk perkara2 seperti ini lagi.Jika kamu bukan datang ke show untuk menyokong musik,lebih baik kamu pergi ke club.


9/E : Boleh kamu menceritakan sedikit mengenai Ferret Music? adakah mereka mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk kamu menulis lagu,lirik, arwork dan lain -lain?
JD : Dari apa yang aku tahu,kami tak boleh memakai sweatpants di atas stage.


10/E : Ok,itu saja setakat ini,ada kata-kata terakhir untuk menutup interview? terima kasih sekali lagi untuk interview ini,semoga terus maju dan harap bertemu nanti!
JD : GET SIQ!

No comments: